Sunday, August 29, 2010

TENGOK DULU BARU BELI, AMARAN FESYEN UNTUK HARI RAYA DAN HARI-HARI LAIN

Ini adalah contoh edisi terbaru dari sebuah kompani fesyen terkenal di dunia, BILLLABONGGK. Target buyer adalah remaja... ada juga orang tua yang suka pakai.

Pada mulanya saya tidak perasan pun kehadiran fesyen terbaru ini, tetapi apabila si penjaga kedai memberikan kapada saya buku list terbaru, selak punya selak terpampang lambang dajal...

Baik, biar saya terangkan apakah maksud tersirat pada gambar yang anda lihat di atas;

  1. Lambang Mata adalah salah lambang illuminati iaitu sebahagian dari cabang gerakan Freemason, sebuah gerakan Yahudi dan dipercayai mereka berusaha untuk menerima kedatangan Dajjal.
  2. lengkungan seperti huruf 'J', bermaksud path ataupun road, untuk mencapai matlamat mereka, mengangkat Dajjal sebagai ketua yang akan memerintah dunia melalui Jerusalem.
  3. Tajuk 'Road To Glory' bererti jalan yang mereka akan lalui, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza mengenai progress gerakan Freemason ini. Pada pendapat saya gerakan ini boleh dikatakan sudah berjaya mempengaruhi minda golongan muda dan paling ditakuti sudah menular ke Malaysia kita yang tercinta. Mereka kini sudah berani untuk menunjukkan diri sebenar.
Untuk perhatian anda, baju ini tidak sesuai untuk Hari Raya dan hari-hari biasa. Saya selalu berpesan kepada diri sendiri dan rakan -rakan supaya "fesyen biar berpada-pada, fikir sebelum beli, jangan terlalu mengikuti trend kerana melalui fesyen trend ini mereka akan selalu meng'update' agenda mereka, akhir sekali jangan perbodohkan diri kita dengan menjadi bahan eksperimen mereka"

Sunday, August 15, 2010

FILEM DAN AKIDAH KITA

Malam ini tidak begitu panas seperti malam sebelum ini, cukup tenang untuk melontarkan idea dan pandangan saya tentang apa yang berlaku di sekeliling.

Teringat lagi semalam, ketika sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah Wangsa Walk, menonton wayang 'The Expandable', ramai hero top Hollywood berlakon, ceritanya agak hebat dan mengujakan walaupun realitinya jalan cerita agak bodoh dari mula sampai akhir, tapi tidak tahulah pula pandangan orang lain.

Jalan cerita bermula dengan aksi atas kapal yang di'hijack' oleh pak-pak lanun kulit hitam, pastu datanglah geng hero 'The Expandable' dengan 'cool' menyapu bersih semua lanun-lanun tu, tanpa cedera pulak tu, kagum pulak sampai saya membetul-betulkan duduk tanda teruja.

Aksi cara geng ni berlawan memang hebat, itu memang patut di'salute' dan orang-orang Malaysia patut belajar lagi macam mana nak berlawan lebih real dan mengujakan macam dalam Hollywood ini.

Ada mesej-mesej yang baik terdapat di dalam cerita ini, tetapi yang buruk lagi banyak kalau kita lihat.

Saya percaya, pak-pak yahudi yang bagi modal untuk membikin cerita ini memang sengaja mencurah tak semua tapi secubit mentaliti ini iaitu 'berjuang untuk duit', sudah cukup untuk melemahkan akidah…. Di dalam peperangan akidah zaman millennium ini, hiburan iaitu filem, muzik dan permainan komputer adalah lapangan yang amat mudah untuk menyebarkan elemen kotor dan melemahkan umat manusia terutamanya umat Islam, jadi sifat untuk 'berjihad' akan luntur kerana kita hanya akan memikirkan wang semata-mata.

Seorang pemikir barat, Mark Weber pernah mengatakan cara yang paling berkesan untuk Yahudi menularkan elemen-elemen keji ialah melalui industri perfileman dan muzik, kerana ia amat mudah untuk diserapkan ke dalam pemikiran kita, tidak perlu dipaksa malah kita yang akan berebut-rebut untuk menganutinya.

Cuba kita renungkan kembali, sejak kebelakangan ini ,banyak sahaja adengan 'tatoo', seks dan 'arak' dikeluarkan dengan terbuka tidak kira filem tersebut 'PG' atau 'U'. Saya percaya ini adalah perancangan Yahudi untuk menyebarkan elemen ini, dan ia terbukti berkesan dengan kejayaan di Malaysia sudah cukup untuk dilihat, dengan elemen keji yang telah diselitkan sekian lama, warga Malaysia telah berjaya melahirkan lebih 1juta bayi luar nikah.

Sebaik habis tayangan wayang, mula riuh penonton-penonton mengolah cerita yang hampir membadutkan minda mereka.

Baiklah habis cerita wayang… Sekiranya kita fikir-fikirkan kembali, rentetan-rentetan babak dari kita kecil hingga kini, jika di sekolah dahulu cikgu amat kita hormati, nak menjawab pun takut, betapa hormatnya kita zaman sekolah dulu, bagi tepukan untuk diri sendiri…

Tetapi kini kita dapat lihat banyak kes pelajar pukul guru, pelajar pecah kereta guru, kes rogol kawan, dapatkah kita lihat akhlak-akhlak remaja dan muda mudi hari ini mulai teruk, maaf untuk dikatakan ianya seperti merosak - menanah dan kian membusuk.

Adakah ini tidak cukup untuk membuktikan peranan hiburan dalam pembentukan akidah kita.

Saya tidak katakan bahawa, sayalah yang paling 'pandai', 'perfect' dan 'beriman'. Tetapi ini adalah pengamatan yang dibuat oleh saya dari darjah 4 hingga kini. Dan anda boleh mengajukan persoalan ini kepada ibu-bapa anda, apa kata mereka…

Saya tergerak untuk menulis artikel ini kerana setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu menasihati kepada yang tidak betul di sekeliling kita walaupun kita tidak dapat berjihad bersama-sama umat Islam yang ditindas di tempat lain.

Saya amat takut untuk mengatakan kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan hari esok sekiranya tiada seorang dari kita yang berani menyatakan salah kepada perakara-perkara ini, dan tidak mengendahkan malah ada pula yang mengatakan… "(dengan dialek ala mat saleh)this is what we call a modern life… you speak like pak imam la, kolot…".

Setiap dari kita akan melahirkan zuriat yang akan mewarisi Agama, Negara dan Bangsa…, bersama-sama kita mengubah diri kita… Semoga zuriat yang dilahirkan adalah yang baik-baik belaka.